Followers

Tuesday, August 4, 2009

Oh Tidak!!

~KENCING KOTOR TANDA SAKIT BUAH PINGGANG~





Diambil dari petikan :-



Secara normal, jangkitan kuman pada pundi kencing hanya melanda golongan Hawa kerana ia mudah ‘menyusup’ masuk ke pundi kencing dari tiup uretra disebabkan jaraknya yang terlalu dekat antara satu sama lain.



“Begitupun bagi wanita , mereka tidak harus menganggap masalah kencing kotor sebagai lumrah atau kitaran biologi. Ia memang boleh disembuhkan namun jika dalam setahun mereka mengalami keadaan ini lebih dari tiga kali, bermakna ada sesuatu tidak kena.



Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Thiruventhiran Thilaganathan, berkata masalah ginjal sukar dikesan lebih awal kerana ia organ dalaman tetapi perubahan warna air kencing menjadi amaran supaya individu mengambil langkah berjaga-jaga.





Tanda-tanda jangkitan pada sistem perkumuhan air kencing:



1. Membuang air kecil dengan kerap




2. Berasa tidak puas selepas membuang air kecil




3. Sakit ketika membuang air kecil




4. Terdapat pendarahan dalam air kencing



5. Kesakitan pada perut




6. Air kencing berbau busuk dan berwarna keruh




Jika jangkitan telah merebak ke buah ginjal, lazimnya tanda-tanda menjadi lebih serius:




1. Demam, suhu badan yang agak tinggi, iaitu 38 - 39 darjah Celsius. Lazimnya jantung berdenyut dengan laju jika suhu badan tinggi semasa pesakit demam.




2. Sakit belakang




3. Muntah-muntah - sumtimes



4. Badan menggigil.



Pencegahan

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.

  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.



Ya aku mengalami masalah kencing kotor..tapi...berkemungkinankah aku tergolong dalam golong pesakit buah pinggang??Oh tidak....

7 comments:

  1. cube lah check hospital..
    last year saya kena kencing berdarah,pastu pinggang sakit sgt mcm sengugut,... terus kena masuk hospital.amik darah n buat x-ray...alhamdulillah...takde ape.cube sbb kurang minum air..

    ReplyDelete
  2. tu lah tu../me ni dah la jenis malas nak minum air..nak dapat 1 liter sehari pun payah..lepas ni kene more beware lah..hehehe

    ReplyDelete
  3. minta simpang kak, sy dulu dorg saspek mcm tu gak. sy g berubat kg... ish ish...

    ReplyDelete
  4. akiss~

    akak wisau gak ni kiss..xmo la smpai tahap dapat penyakit mcm tue..i tak sanggup u..

    ReplyDelete
  5. gd info..patutnye kite kena byk minum air suam..cehhh..akak ckp org je pandai..tp sendirik pun selalu lupe..hehehe..
    teringat dulu2 tem cek-up mengandung, tiap kali amik urine test akak mesti cmpurkan air paip & urine tu sekali tu x bg kantoiii....kuikuikui..kalo misi tu tau..mampos akak kena sepak laju2..ni rahsia tau..jgn begitau kat sape2.. :P

    ReplyDelete
  6. gd info..patutnye kite kena byk minum air suam..cehhh..akak ckp org je pandai..tp sendirik pun selalu lupe..hehehe..
    teringat dulu2 tem cek-up mengandung, tiap kali amik urine test akak mesti cmpurkan air paip & urine tu sekali tu x bg kantoiii....kuikuikui..kalo misi tu tau..mampos akak kena sepak laju2..ni rahsia tau..jgn begitau kat sape2.. :P

    ReplyDelete
  7. kak Ommy~

    ahakss...kak ommy ni mmg superb kelakar la..sy nak gi tau misi tu ape yg akak dah wat...bitau sy skang..kat spital mane..n misi tu name ape..biar sy g repot..huhuhu

    ReplyDelete