Followers

Thursday, May 28, 2009

Kalo Rindu la..

Kalo korang rindu kat aku...
sile la tenung gambo aku nie lame-lame ekk..
hehehe...
(kalo tak rindu...jgn tengok sket pun..jeling pun tak bley..oke..!!)



terima kasih kepada semua...luv y'all !!!


Wednesday, May 27, 2009

Hiburkan hati..

aku dah tamaw sedey-sedey lagik..
bg aku..lets gone be by gone..
aku malas dah nak pikir..wat serabut jer..
(entry pg tadi pun aku dah tutup)
malas nak ingat-ingat
.
.
esok aku dah nak balik Ipoh..
dalam keadaan aku camni..
aku terpaksa jugak having long Journey..
wlupun xdela as long as n g Dubai..ahaks..
2-3 jam smpi lah ipoh tue..hehehe
ekceli..diz weekend..paksu aku kawen..
so aku kene la balik..
wlupun sbnrnya minggu ni kenduri sblh pompuan..
sbb kenduri sblh pihak lelaki di kelantan..
aku tak dapat nak attend..
hubby aku dah xde cuti..
sbb kerap cuti smenjak aku asik sakit2..
aku sdiri pun dah x byk cuti..
n ekceli aku tak berdaya nak jalan jauh
nak2 smpi kelantan tu..
bengkak bontot aku nanti..
ahahaha..
.
.
Cisss!!...tem2 pantang nie la
aku nak adap menu nasik minyak n ayam golek..
meleleh la air liur aku dibuatnya..
tp..makan sket je..bley kan..???

Tuesday, May 19, 2009

Boring Tuesday!!

ni menunjukkan yg aku tgh xde keje..
bukan xde keje..keje melambak..
cumenyer..nak relax2 jap..
so..cde benda nak wat...
aku snap2 la gambo aku...
ahakss...senget sungguh aku ini..
tp sowi la geng..aku terpublish lewat entry nie..
sbb smlm server cam menggong..
.
.




Gurl / Woman in Black
On Tuesday yg Membosankan!!

PelikTapi Benar!!

memang benda nie agak pelik tp benda nie benar2 terjadi..
aku pun tak paham..geram pun ader sbnrnya
aku ingat kat dunia realiti nie jer ade manusia2 sebegini..
yg penuh hasad dengki dan busuk hati..
rupe-rupenyer..dalam blog pun ade jugak manusia jenis nie..
pelik..pelik..
.
.
benda ni dah byk kali aku dengar n aku baca..
aku dulu penah jugak terima benda2 macam nie..
tapi semuanya dah pun selesai secara damai..
lgpun hal aku tue cume salah faham ajer..
.
.
skang nie..bile aku terbaca beberapa blog..
terutama blog adik-adik aku ( lebey kurang like dat la )
masing-masing bercerita n merungut ttg masalah nie..
masalah blog dorang di datangi makhluk asing ( anonymous)
dah la datang tanpa diundang..
pastu bercerita bukan2 yg boleh menyentuh sensitiviti
dan hak asasi tuan punyer blog..
ape punyer turrr...
xde lansung kesedaran sivik..
.
.
ape masalah dorang2 nie ekceli??..
dah la tak nak gune id sdiri..
pandai pulak korang takut tunjukkan identiti..
setahu aku manusia jenis2 camtu..manusia yg penakut
or bak kate orang perak...
xde t**o..huhuhu..
( eyhh sesuai ker??..kalo utk lelaki sesuai la..)
tp kalo pompuan ..nak gune ayat ape ekkk..??
ape-ape je la..malas aku nak pikir..
.
.
aku ni xde la menyebelahi sesapa..or back up sape2..
cumenyer..pelik la dgn manusia2 camni..
ape dorang dapat ekk.?? nak kate dpt pahala..jauh sekali la..
wei..jgnlah wat benda2 tak pekdah nie..
dah la korang berdosa sakitkan ati orang.
xde rase bersalah ker kt ati korang tu??..
aku penah lalui semua nie..tp pd juz aku take it ezy..
malas nak panjang2 cite..setelkan secara baik..
lagipun x gune la rasenya gado2 dlm blog..
hanya org yg sakit mental jer wat keje camni..
.
.
n aku nak pesan la kepada sesapa yg menjadi mangsa buli di blog nie..
takyah la layan manusia2 jenis ini..buang mase..
abaikan ajer..takpun deletekan kate2 nista dorang tu..
paling senang tukar setting blog korang tue..
so sape2 yg nak leave a comment..kene masukkan email dorang..
lepastu sure xde sape pun terkecuali utk tonjolkan identiti dorang..
so insyaAllah.. masalah camni takkan berulang lagik..
.
.
to all adik2 aku ( terutama : ynaa & gyena )
yg sedang/ telah berperang dgn perasaan sakit ati..
angkara manusia-manusia durjana
bersabarlah sayang2 ku sekalian..
kuatkan semangat n dun ever give up..
biarlah Tuhan saje yg balas dose2 org2 yg wat jahat kat adik2 aku nie..
Berdose dorang tue...!!!
( slalu ayatnyer bunyik camni..Bese Dorang Tu!!!)

Suprised!!!

Aku hepi...aku gembira...aku seronok..


semuanya membawa makna yg same..


tp yg pasti..mmg aku tgh hepi giler...


nak taw kenapa???


.


.


.


.


.


.


.


.




I'm PREGNANT!!.


I'll become Hot Mama..


Aku akan jadi IBU..


..hahaha...aku ske..ske..ske..


.


.


aku telah sah HAMIL selama 6 Minggu..


bermakna..sudah 1 Bulan 2 Minggu..


OMG...Bersyukur sgt2...


xtaw nak cakap betapa sonoknye aku


bile dapat taw diri pregnant..


.


.


yg paling best...


baby aku dijangkakan akan lahir pd 22hb Januari 2010


..bermakna besday baby aku same dgn besday aku...


ibu-22.01.1981/baby-22.01.2010


mesti sonokkan...dapat tarikh lahir yg sama dgn baby


tp itu cume tarikh jangkaan..


n aku harap2 jgkaan itu tepat..


..


..


..


kepada kawan2 ku sekalian..


Doakanlah keselamatan aku n kandunganku ini..


Amin




Monday, May 18, 2009

Wut A Green Monday!!

xde ape pun sbnrnye..
yg hijau ari isnin nie..aku jer..
hehehe..
xde kene mengena dgn yg hidup ataupun mati..
~tata~




Sunday, May 17, 2009

Bosan Melanda!!

Aku ingat....
.
.
aku nak berehat utk sementara waktu dari dunia blog..
.
.
mencari ketenangan yg lebih kepada realiti...
.
.
aku dah bosan utk berkata-kata tanpa suara..
.
.
melihat tanpa dapat menyentuh..apatah lagi utk merasa kewujudannya..
.
.
so..kepada rakan-rakan ku sekalian..
.
.
maafkan aku jika selama aku berada di alam maya(blog) nie
ada tersalah kata..terkasar bahasa yg telah ku tuturkan..
aku hanya insan biasa yg tak lepas dari kesilapan..
Maafkanlah aku wahai teman-temanku sekalian..
.
.
sekiranya ada umur yg panjang..
n apabila mood aku utk kembali ke dunia blog muncul..
aku tetap akan kembali..
tetapi tidaklah sekerap sebelum2 ini..
apepun...kenang daku dalam doa kalian
aku sayang kalian semua!!
( aku mungkin akan bercuti selama beberapa ketika..(mungkinkah sehari, sebulan, sembilan bulan sepuluh hari , setahun atau selama-lamanya???) dan aku akan tetap menjadi pemerhati yg setia kepada karya-karya kalian....)

Friday, May 15, 2009

Lawak Siottt!!!

Kali Ni aku Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian Persahabatan
Terhadap Tiga Orang Yang Berlainan Bangsa,
Iaitu Seorang Arab,
Seorang Afrika
Dan Seorang India...
.
.
Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin Mengembara Di Lautan. "Adventure La Sikit Brader" Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang Tu.Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan.Setelah Sekian Lama Belayar,Menempuh Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak Bak Cerita "Deep Impact" Yang Kuat Sehingga Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah Dua Lalu Tenggelam Ala "Titanic".Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang. Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah Yang Menghuninya Setelah Tersadai.Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan Demi Bulan Hinggakan Tahun Demi Tahun Sampai Jadi Belas Tahun Mereka Menginap Di Pulau Itu. Hidup Aman Dan Damai Kata Orang, Saling Bekerjasama. Mereka Ni Jadi Tersangatlah Akrabnya.
.
.
Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang Dari Mereka Terjumpa Sebuah Bekas (Tak Tau Lah aku Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan Bekas Ubat Nyamuk). Lalu Dia Pun Memanggil Dua Lagi Kengkawannya.Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat, Mereka Pun Membuka Bekas Tadi Tu. Amat Terkezutlah Mereka Sebaik Sahaja Terbuka Sahaja Penutup Bekas Tu, Keluarlah Asap Berbunga-Bunga (Tapi Tak Bahaya Kerana Indeks Bacaan Belum Sampai Tahap Bahaya). Setelah Terbatuk-Batuk Beberapa Kali Dan Jerebu Pun Reda, Mereka Terperasan Ada Penambahan Bilangan Dari Segi Penduduk. Wujud Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin Le).Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu Selamba Je, Terkebil-Kebil. Belum Sempat Mereka Berbuat Apa-Apa Lagi Jin Dah Berkata :
.
.
" Thank You, Thank You, Kerana You All Telah Selamatkan I Dari Belenggu Belanga Ni".
Sambung Lagi Jin Tu
" Oleh Kerana You All Telah Selamatkan Jiwa Dan Raga I, I Akan Tunaikan Apa Sahaja Permintaan You All, Tetapi Seorang Akan Dapat Satu Sahaja Permintaan Je Tau".
Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila Mendengar Berita Terkini Hiburan Sensasi Yang Disampaikan Oleh Jin Tu.Sambung Jin Tu Lagi
"OK Boleh Mulakan Permintaan Kamu Bertiga Sekarang"
.
.
"Baiklah" Kata Orang Pertama iaitu Si Arab.
Dia Sambung " Wahai Jin, Ana (Ana Tu Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama Tinggal Di Pulau Ini Dan Ana Tidak Dapat Menahan Rindu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman Ana, Boleh Anta Tunaikan".
Kata Jin Tu "Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak Ke Ucapkan Babai Ke Apa-Apa Ke, Kat Kawan Kau Dua Orang Tu".
Si Arab Pun Berucap : "Wahai Sahabat Ana Berdua Yang Mulia, Ana Akan Sentiasa Kenangkan Kamu Dimana Jua Ana Berada, Semoga Berjumpa Lagi".
Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman),
Bersedih-Sedihan Maka Tiba-Tiba TUSSS! (Siap Ada Asap Lagi)
Tertunailah Permintaan Si Arab.Tinggal Dua.
.
.
Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika Membuat Hajatnya (Bukan Qado Hajat).
Setelah Terdiam BeberapaKetika Si Afrika Berkata
"Wahai Jin Tolonglah Saya Kembalikan Saya Ke Pangkuan Keluarga Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa Saya Telah Mati, Saya Mahu Pulang, Saya Mahu Pulang"
TUSSS! (Ada Asap Jugak)
Tak Sampai Hati Jin Tu Mendengarkannya Lebih Lama Lagi.
Dan-Dan Si Afrika Tu Hilang Dari Pandangan,
Nak Ucap Selamat Tinggal Kat Kawan Dia Seorang Lagi Tu Pun Tak Sempat.
.
.
Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang.
Jin Tu Pandang Dia, Dia Pandang Jin Tu.Jin Tu Kata Kat Dia
"Kamu Tu Tunggu Apa Lagi, Mintalah Apa Yang Kamu Hajati
Supaya Aku Boleh Tunaikan Permintaan Kamu
Dan Selesaikan Janji Aku Kat Kamu Bertiga. Aku Dah Tak Sabar Nak Enjoy Ni".
Si India Tu Kata
"Ala Jin Rilek La Jin. Aku Sebenarnya Masih Bersedih Kerana Kehilangan Kekawanku Yang Sangat Sejati".
Lalu Dia Pun Berkata
"Mr. Jin Sekarang Kau Tunaikanlah Permintaanku Yang Tak Seberapa Ni".
Berkata Jin "Katakanlah, Mintalah Nescaya Aku Akan Tunaikan".
Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan Semangat Berkata
"Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku, Oleh Itu Aku Meminta Supaya Engkau Kembalikan Semula Mereka Ke Pangkuan ku. Aku Rindukan Mereka Berdua".
Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat India tu.
TUSSS! (Asap Dia Banyak Sikit Sebab Ada Dua Orang Sekali Jalan)
Kembalilah Si Arab Dengan Si Afrika Di Depan Si India Tu.
Si India Tu Tersangat Gumbira.
Si Arab Dan Si Afrika Tadi Walaupun Asap Dari Perkembalian Mereka Dah Hilang
Tapi Kini Masih Ada Asap Lagi Di Tubuh Mereka Iaitu Asap Dari Api Kemarahan
Yang Terpendam.
(Berkumandanglah Lagu Tema : ' Selama Ini, Ku Mencari-Cari Teman Yang Sejati, Buat Menemani Perjuangan Suci, Bersyukur Kini, Teman Yang Dicari Selama Ini, Telah Kutemui .... Nyanyi Sendirilah Brader)
Sekian Sahaja Buat Tatapan Anda Semua.
selamat berhujung minggu..
*** Cerita Ini Adalah Dongeng Semata-Mata. Tidak Ada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Ataupun Yang Telah Meninggal Dunia. Kalau Ada Pun Secara Tidak Sengaja

Teman Sejati Atau Musuh Dlm Selimut??

Kebetulan aku terbaca blog salah seorang teman di FS
terkesan sekali aku dgn penulisan beliau...
(thanks for sharing ..Nana)
sebagai pengingat diri sendiri yg juga sering lalai..

rasa keakurannya tetap mendominasi...


Teman sejati atau Musuh dalam selimut..???..
Mengamati, mencermati dan mempelajari...
semuanya terlihat dengan sendirinya,
siapa yang benar-benar teman sejati kita
dan siapa musuh dalam selimut kita..
memang mudah untuk mencari sejuta teman dlm sekelip mata di dunia ini
tapi mencari satu teman sejati..
sangatlah sulit.
.
.
Teman yang baik dan yang dapat dikatakan sejati adalah
teman yang datang disaat kita dalam kesulitan..
menolong tanpa merungut..
membantu tanpa jemu dan bosan
dan tidak pernah menepuk dadanya
ketika teman itu dapat dibantu olehnya
dan seseorang yang tidak pernah berkeluh kesah dikemudian hari ...
Berteriak-teriak untuk minta dihargai bukanlah seseorang
yang membantu kita karena keikhlasan hatinya.
.
.
Teman sejati adalah teman yang tidak akan menghindar dari segala sesuatu hal
hanya karena sekadar utk menyenangkan hati orang lain
dan sekadar bermain aman di dlm lingkungannya.
Teman sejati selalu ada disaat temannya mengajak untuk bersamanya
khususnya disaat-saat dia memerlukan bantuannya.
Teman sejati adalah seorang teman yang dapat menjaga semua tutur katanya...
menjaga rahsia teman baiknya hingga dia telah pergi.
.
.
Alangkah elok jika semua manusia berperilaku seperti ini...

alangkah damainya dunia ini bila semua manusia jauh dari rasa iri hati dan dengki.
Sangatlah merugikan bila kerana suatu kedudukan seseorang
membuat darjat manusia itu berbeza kerana perbezaan itulah
akhirnya tiap-tiap manusia mempunyai sisi iri
dan mungkin juga dengki kepada sesamanya.
Tiada guna kita bertutur kata manis didepan teman kita
tetapi dibelakangnya sibuk mengatakan perihal yang jauh berbeza...
Bersikap manis hanya sekadar menyenangkan orang lain
dan bukan datang dari hati yang ikhlas.
Sungguh kasihan melihat manusia yang dilahirkan seperti ini...
hidupnya tidak akan pernah puas secara zahir dan batin.
.
.
Janganlah kita selalu melihat diatas kita...
cubalah kita lihat dibawah kita...
mensyukuri apa yang telah kita dapat saat ini
kerana kita lebih baik daripada mereka yang miskin
tetapi kaya di dalam hati.
dan oleh itu seharusnya kita harus memiliki hati (yang baik dan tulus)
lebih banyak daripada yang dibawah kita.
Lebih baik kita miskin harta daripada miskin hati...
kerana harta boleh dicari tetapi kaya hati susah untuk kita miliki
bila kita tidak berusaha menjadi manusia apa adanya (diri sendiri).
.
.
Cubalah kita renungkan....
apakah diri kita ini adalah seorang teman sejati???
atau sekadar teman basa-basi???...
atau tergolong dlm musuh dalam selimut teman kita sendiri???...
Tiada yang mampu menilai,
kerana itu semua bertitik tolak pd tindak tanduk kita,
tingkah laku kita, ketulusan hati kita,
keikhlasan hati kita, keredhaan hati kita,....
.
.
Berbuat baiklah kepada teman kita ataupun sesama manusia dengan tulus selagi kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini kerana batas usia kita,

hanya Tuhan Maha Mengetahui tentang segala-galanya...

Thursday, May 14, 2009

Fed Up!!



Mownikk All..
ekceli arini aku not in mood la nak men blog..
nak2 lagi kalo gune line opis nie...
dah la keyboard pc ni macam ampesss..
tekan sikit jer..bunyik mcm pakai typewriter..bising ya amat...
( sowi kepada sape2 yg lmbat dapat reply dari aku..
opis aku ni line slow..so..mane2 page yg lambat loading..
aku malas nak tunggu lame2..sowi yer..)
tp sekurang2nyer nampak la cam aku ni tgh rajin buat keje..ahaks..
padahal....paham2 je la kan..
.
.
aku ekceli dah bosan nak hadap blog nie..
rase cam dah malas sgt2..
kekadang rase cam nak tutup jer akaun blog aku ni..
bleh ker aku nak tutup akaun blog aku ni..??
nak2 skang dah xleh nk o9 kat umah..
laki aku gune pc utk wat drawing.
( smpi bil maxis broadband aku pun die sengaja xmo byr )
so aku xleh la nak ngade2 gune pc tem die tgh bz..
kalo tak .. silap aribulan aku kene tutup blog aku ni..
smpi bile2 pun aku dah xleh o9..
oh suami!!!..
kenapalah kau kijammm..ahakss..
.
.
siyesly..aku fed up dah nak lepak kerap sgt kat blog aku nie..
mule2 dulu..kalo leh 24 jam nak ade kt dpn lappy
ngadap blog..beselah...addicted..
tgh kemaruk...hahaha
skang nie dah xde dah sgt..
nak2 dah kawen nie..lagi la aku malassss..
.
.
tp sesekali..aku berusahalah jugak utk apdet..
selagi blog ini masih wujud...
selagi itulah aku akan terus berkarya..
pade aku..senang jerrr..
aku akan tulis ape yg aku nak tulis...
akan share ape yg aku nak share..
akan cakap ape yg aku rase aku nak cakap..
selagi x menyentuh sensitiviti owang len..
n tak merosakkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
aku rase ..xde masalah...
btol tak kawan2 ku semua..
.
.
erm..k la..tetibe lak aku rase aku ade keje utk disiapkan..
so..aku chiowwww dulu.
n insyaAllah...tem solat jumaat nanti..
aku akan muncul semula..
nantikan kemunculan ku..ahakss..
muke bosan nehhh

Wednesday, May 13, 2009

Aku Menang..Yahoooo!!!



mesti korang ingat aku menang loteri..kan??
x pun aku menang berjudi..
eyh menang loteri n berjudi tu same la..apolah aku nie..
.
.
.
xpun mesti korang pikir yg aku menang OIAM???...x pikir jugak...???
erm..menang AF7???..pun tidak???
abes..aku menang ape korang rase2?
.
.


.
.
haha..aku menang race lah..

race dalam game Pet Society On Fesbuk..
Pet aku yg telah ku namakan QasehAzzalea
telah menang buat kali pertamanya ..

dah byk kali aku berusaha utk menang.
tp asik2 last jer...
tp kali ni..Aku Menang...yahoooo!!!
.
.

dan yg paling best..yg 2nd race ni..
aku menang race lagik..
race dgn YnaaOhYnaa lak tue..
hehehe..Aku menang lagik...yahoooyabedabedooo!!!
.
.
memang asyik ..men game nie best gak..
tak caye masuk fesbuk..
men la game nie..
nanti korang taw la....ngehngehngeh...!!!



*QasehAzzalea = name bakal bb gurl aku nanti..insyaAllah..ahakssss..sedap ke kalo buh nama
Qaseh Azzalea Hannah
???

Tag Lagi Utk Ari Nie..

Tag Nie Aku Curik a.k.a Songlap dari blog Ynaa..
macam best...so..aku curik la..hehehe
To Ynaa:- kire halal je ekk...hehehe..cayang Ynaa

Siapa KEKASIH anda?
Kekasih aku namenyer...Amer

Macam mana die MELAMAR anda?
camane nak cite ekk..panjang sgt citenyer..
aku pendekkan..oke..
die lamar aku selepas beberapa bulan aku stat keje govmen iaitu pd penghujung tahun 2006..
itupun selepas 10 bulan we all declare kapel..
die lamar aku terus direct kat mak aku..
"saya nak masuk meminang anak makcik..bole??"
so Gentleman....hehehe

Ape perkara yang paling BODOH penah
dilakukan oleh korang?
ape ekk..perkara paling bodo eyh..

ok..mase ari ktorang nak declare tu..
3 tahun 3 bulan yg lepas ( Feb 2006 )
we all g lepak kat Bukit Antarabangsa..
die punye gugup nak declare kapel dgn aku
smpi berjam2 atur ayat..bayangkanlah...
ayat punyer ayat..dr kul 11mlm smpi 5 pg kitorang lepak situ..juz nak dgr die cakap
"sy suke awak ..sudi x awak jd awek sy??"
tu jer....takke bodo namenye..
tp yg bodo mase tu.. die je la..
aku tak bodo...hahaha

Korang still KAPEL ke?

yup..bukan as gf/bf lagik dah

dah jadik husband n wife
huhuhu...

Sila TEMPEK gambar BF/GF korang.

ni la pic kitorang...
check it out!!!!

ni pic mase kapel...

ni mase bertunang...

selepas menjadi pasangan suami isteri..

Senaraikan 10 perkara yang korang SUKA pasal si dia
- caring
-responsible
-loving
-comeiii
-happy go lucky + funny
- menghormati owang tua
-rajin
-boleh diharap
-pandai masak
-creative


Ape korang nak cakap bile BF/GF korang
Apapun yang terjadi..Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan..Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun.. ini Pelajaran yang bererti
Semoga kepergianmu Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan...Kesepianku

Apapun yang terjadi..Berjalanlah tanpa henti

Dapat Award + Tag..Sioott ja!!

Award ni bukan aku curik kat mane2..atau cilok sape2 punyer..
award nie aku dpt from cik w a n a..
(junior aku kat SMKKPP rupenyer )
tak ku sangka..kecik jer dunia nie..
.
.
awardnye kaler pink..so sweet like me..
sblm pape..aku nak ucap a lot of thanx pade cik w a n a
sbb sudi bagi award + TAG ni kat aku..
aku terima dgn hepi gila babunnyer..hahaha
tp nape siap ade Tag yer..??
(soklan tak bley blah!!)

...........................

.

Copy award dan letakkan dalam blog anda:
.

so..ni la awardnyer....
Taraaa...!!!!



.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:
.


.

1. w a n a nie aku baru jer kenal kat bloggers nie ekceli.

2. aku tak sempat nak bace sume entry2 die becoz aku o9 kejap2 jer..sementelah..aku pun bz..so sambil2 jer la jenguk2 blog die..hehehe..apepun..aku ske entry die yg tlh menyebabkan asal usulnyer terbongkar...Owang Ipoh jugak rupenyer..

3. die nie comeii..pipi die tembam..cam pipi senior die jugak..aku la owang nyer...ahaksssss...

4. cam tak percaya..tp itulah hakikatnyer..rupe2nyer..die nie junior aku..tp katenyer stahun je la die skool kat situ..

5. she is nice gurl..blog die pun cute..die pun friendly..besela..owang2 ipoh bagus2..talak sombong punya lorrr...

.

.

Nyatakan 5 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:
1. spatutnye kene wat 10..tp aku ngelat..aku wat 5 sudeyyyy...aku ni friendly..ske berkawan..tak kira tue mude..aku memang ske sgt2 berkawan..
2. sukekan kanak2..especially yg berusia 4 tahun kebawah..comeiii sgt2 tgk budak2 tue..kan..kan..kan..
3. aku cam w a n a jugak..ade bakat as a photographer..tp utk pic sdiri lah..
ske snap pic2 sdiri n entiti2 yg menarik utk di kongsi dgn owang len..
( fullamak...entiti tuhhh... )
4. i luv my famili..terutamanya my hubby...wlupun adekalanye..aku rase cam nak geget2...geram sgt2...grrrrrr!!!!
5. aku ni jenis manusia yg sgt2 simple..aku buat ape yg aku ske buat..pakai ape yg aku ske pakai..makan ape yg aku nak makan..pendek kate..aku tak ske nak amik port or sok sek sok sek pasal owang len..aku wat hal aku sdiri n berkawan dgn sape2 saje yg ske berkawan dgn aku..aku tak memilih kawan punye type lorrr..senang cite..
Ade Aku Kesah...!!
.
.
Pilih 5 penerima award seterusnya dan describe la tentang mereka:
1. YnaaOhYnaa : die nie shantekk n so sweet..saje je bagi tag nie..die kan bakal pengantin..so bleh la kalo nak release2 tensen sblm jadik pengantin..
2. Apai@Fairuz : die ni ..hehehe..kalo korang nak taw pasal die..sape die..bek korang masuk sdiri kat blog die...aku tak reti nak cite..ahaksss..
3. Ajwin Ajeera: blogger yg paling popular smpi kuar suratkhabar ..huhuhu..aku ske dgn die sbb die ni manisssss bangattt...
4. Elyna : si manja Nespray...ahaksss..she's cute for me..
5. Miss Lolly(PoP) :-die nie awek kelate...juz call her Miss lolly..tp aku ske nyakat die ..panggey die Lollypop..jgn mare ekk lolly...
.
.
so pade sesapa yg dapat benda ni dari aku..silalah selesaikan tugasan andaokey...cayang kowang sume...
Muahhhhhhhh!!!

Tuesday, May 12, 2009

Aku gumukkk??

cube tgk gambar nie btol2...
ni gambar terbaru taw..
baru kejap tadi aku snap gune hp murah aku..
tembam ker..???
tembam kah aku skarang..??
selepas 2 bulan menjadi isteri..
(oh ya..arini..13/05/09...genap 2 bulan aku jadi bini org..baru 2 bulan..huhuhu)
.
.
.
ramai yg cakap aku dah tembam..
pipi aku dah cam buah epal...
dulu bos2 aku rajin gelarkan aku pipi kueh pau..
skang dah naik taraf jadik buah epal plak..
ade yg cakap badan dah kembang la..
alignment dah lari la..
huhuhu..hampessss...!!!
.
.
.

ni lak gamnbar aku..sebulan sebelum kawen..
ade beza ker dgn skang..??
aku tak rase pun ade perubahan pape..
ekceli..dalam gambar memang susah nak detect...
.
.
.
tp sbnr2nya..memang aku sudah gumuk..
byk jugak jeans2 aku yg suda tidak boleh disarungkan lagi..
hehehe..korang mesti tak pcaya...
ekceli..bukan xley pakai lansung..
tp terasa lah jugak kesendatan a.k.a keseksian aku
bile aku pakai suar2 tue..
baju2 pun byk yang dah muat2 jer.
dah tak longgar2 cam dulu..
.
.
.

hehehe..ni lak gambar..setahun stgh sblm aku jadik bini org..
bermakna di ambil pada awal tahun lepas..
berat dalam 55kg
dah mmg dari dulu aku ni jenis chubby2..
pipi aku..memang 24 jam cam gini..
kurus ke..gumuk ker...pipi aku ttp maintain..hehehe..
hisshhhh...tp nape dorang kate aku da gumukkkk...???
gumukkk kah aku weii....??
.
.
.

lain lah kalo nak dibandingkan mase tem dlm gambar nie..
mase ni aku baru jer masuk keje govmen..
almost 3 years dah pun..
mase ni aku lum bertunang..
single mingle lagik..
badan pun solid molid lagik..
mase ni berat badan aku baru je mencecah 49kg..
skang baru 58kg.
(mak oii...dalam tempoh 2 tahun berat aku dah naik 9 kg!!!...)
ekceli..berat aku penah cecah 65 kg jugak..
( beberapa bulan slps bertunang..senang ati la katakan )
tp skang ni...baru 58 kg..
weiii..Gumukkk sgtkah aku..???

hwahwahwahwa...


Monday, May 11, 2009

Jumpe Bapak Dafi..

Tajuk entry tak ogak2....
hehehe..bese lah..title maw catchy mate yg memandang..
arini ade Perhimpunan Mesra Bulanan Bersama Bapak menteri..
bapak menteri di kementerian aku ni ekceli bapak Dafi..
ala..Dafi..takkan la korang tak kenal..
Dafi yang..."Baekkk Punyerr" tu..
.
.
.
Best jugak dgr die berucap..
xde la boring cam mantan2 menteri yg lepas2..
kecoli..kecoli My idol..Datuk Shafie Afdal..
die pun kalo bagi talk..sure tak membosankan..
dah la kiut miut.. baik lak tue..
bapak Dafi nie pun..agak cute miut gak owangnyer..
patutlah si Dafi tue..comell bangat
macam Teletubbies..
but sumtimes cam Chicken Little pun ade..kan..
so cute...huhuhu..
.
.
.
n kat bawah ni jelah gambar2 yg sempat aku suh si Zuherni snap..
aku tak bawak enpon aku mase perhimpunan td..
so aku suh my camerawoman tak bergaji yg amik..
so..layannnnn..
.
.
.




sekian laporan utk hari ini...
jumpe lagik bile aku dah ade ide balik nak mencarut
kat blog nie..
huhuhu..
bye3..n taking care..

Mother's day..

Last weekend.. aku n my hubby n oso adik2 aku balik ke Ipoh..
ekceli we all balik Ipoh sbb nak antar adik2 aku balik..
n kebetulan lak last sunday tu Mother's Day..
so..aku rase sgt2 hepi becoz aku berada di Ipoh
di samping my Beloved Mom.
wlupun aku x bagi pape kat mama as a present
tp aku hepi sbb aku dapat cium n peluk mama..
dat is the priceless moment for me..

Happy Mother's Day , Mama


Me n my beloved Mama, Wan Norainey Bt Wan Othman

n arini n time nie,,
aku dah ade kat umah aku di Putrajaya..
aku x keje arini..
i'm taking my annual leave..

amik kesempatan utk kemas umah..
n setelkan semuanya yg tak sempat aku buat last weekend..
.

.
.
lepas siap sume2 keje td..



( mase ni tgh tgk cite Xmen )

aku duk ngadap tv je la...
dah xde keje lain..
lepes cenel tu tukar cenel nie..
tu jela keje aku arini..hehehe
ekceli my hubby g keje..
so i'm Alone ..

.
.
.
td my hubby balik umah agak lewat ..
bz dgn keje katenye..
ekceli he owez balik lewat nowadays..
memang die tgh banyak pojek nak kene wat lately..
ni la bahana bersuamikan seorang Pelukis Pelan..
apepun...i Luv Him..Muaaaccchhh..!!!!
.
.
.
balik2 je umah..
my hubby terus mandi..
n after dat..he's having his dinner..alone..
becoz aku dah siap2 makan before maghrib td.
da tamaw makan lewat2 malam..
takut badanku yg gumuk ini jadik semakin GUMUKKKK!!!..
.
.
.



nilah akibatnye bile dah terlau Lapar..
pinggan ni licin like tak perlu di cuci..
naseb bek ade tulang2 kepala ikan tue...
Hubby..Hubby...Oh! Lelaki...

Friday, May 8, 2009

Lambatnyer Masa..


Alamak...
cube tgk jam kat bawah nie...



baru kul 4.30 ptg woiihhhhh!!
lambatnyer nak kul 5.00 ptg..
apetah lagik nak ke kul 5.30 ptg..
.
.
aku balik keje kul 5.30 ptg..
tp petang nie aku dah plan nak g pasar tani kat depan opis aku nie.
g dgn adik2 aku..
tu yang nak tunggu kul 5.00 ptg..
nanti da abes sopping..
kurang2 pun dalam kul 6.00 ptg
aku akan dtg balik opis utk punch card..
amacam???
bagus x plan aku..??
hehehe..
*
*
sajer2 nak bwk adik2 g sopping..
pakai duit dorang..
bukan duit aku pun..
ahaksss.
lgpun malam ni we all dah nak gerak balik Ipoh..
aku nak kene antar adik aku balik terus ke Ipoh..
die dah tak keje n tak duk umah aku lagik pasni.
sbb die dapat futher study..
so malam nie we all will take a long journey lorrr..
( bestnyerr leh celeb Mother's Day wif Mama )
.
.
hurmmmmm....

cepatla kul 5 !!!!





p/s: aku cam pelik..nape xde sowang pun Vote Isma utk jadik juara AF7 kat poll yg ade di tepi blog aku tu ekk..kat sini xde peminat Isma kee..??

Thursday, May 7, 2009

Air "Buah Pokok"

Ape da ..tajuk entry tak bley blah..
aku sbnrnya nak tunjuk air yg aku minum mase lunch td..
td mase lunch..sbnrnye aku amik air masak jer...
pastu ternampak lak air Manggo Fruit Tree nie..



kt dalam peti ais kat cafe KPDN kt bawah tue..
teringin la plak..
so aku pun beli la..

Si Effa

and

si Zuherni

pun terpengaruh dgn aku..
dorang pun beli jgk..
hahaha..padan muke korang..
.
.
.
ekceli..air Buah Pokok Perasa Mangga from F&N ni air pebret aku...
syiok minum air nie pastu kunyah2 jelly kat dalam tu..
nikmat tak terhingga..

Virus Sleepy

Wah...nampaknyer..penyakit megantuk aku ni..
dah berlarutan spanjang minggu nie..
since aku sakit..smpi la skang nie..asik ngantuk memanjang..
dah jadik cam Virus..
as a founder of diz virus..
aku ingat aku nak bagi nama la kat virus nie..
erm....ape ekkkk..??
ok ape kate aku bagi name..
VIRUS SLEEPY
.
.
so sweet kan..
hahaha...pale hotak la Sweet...
aku tak bley tahan lorr...ape patut aku buat ekkk..??
supaya aku x rase ngantuk lagik mase tem keje..??
ade sesapa nak bagi cadangan??
*
*
*
last nite ..aku masuk tido kul 2 pg..
tp mlm td aku n hubby tak tido kat bilik pun
we all tido melepuk kat ruang tamu..
depan tv lak tue..
sbb dalam bilik terasa bahang..panas wohhhh...
lately ni cuaca sgt2 panas..
susah tido lena...
.
.
.
adik2 aku pun same gak..
malam td pun die tdo lewat..
mule2 tu die duk sambung adap lappy aku
adap mespes agak nyer...
smpi kul bape ..aku tak taw..



sedar2 die dah takde kat sofabed ..
tp kerapkali jugak aku duk dgr die kuar masuk toilet..
tganggu tido aku setiap kali terdengar bunyik pintu jamban die...
hehehe..
hubby aku lak..wlupun dalam panas2..tetap tido lena..
cume..skjap pusing kanan..skjap pusing kiri..
skjp kepala ke atas..skjp kepala ke bawah..
tak selesa agaknye tue..
( nampak sgt aku susah tido lena sbb leh taw pergerakan hubby aku tem tido..)
.
.
.
aku xde la ngantuk sgt smlm
tp aku paksekan jugak tido.
usaha punye usaha..
kul 2 jugak baru aku dpt tido..
tu yg pepagi ni muke sememey jer...
smpi2 opis memember lak jamu makan nasik lemak..
apelagik..mendapat la aku..
ngantuk di pagi jumaat yg mulia ini...
hahaha..padan muke aku..
muke org ngantuk yg tunggu orang datang sorongkan bantal..
hehehe( terlebey tido smpi muke pun dah naik sembab a.k.a tembam..Dun ever think or say dat aku suda gumuk ..oke!!! - wlupun itulah hakikatnyer...)