Followers

Wednesday, September 7, 2011

Program Diet 100 Hari Ukhwah Blogger

Setelah berakhirnya PD50H dan PDR .. kini aku menyambung cabaran dgn menyertai PD100HUB pula.. Ekceli program diet kali ini, aku yg organizekan.. Itupun setelah kami berbincang beramai-ramai dan setelah mendapat kata sepakat dari rakan-rakan Ukwah Blogger yg lain yg meminta jasa baik aku mewujudkan program ini. Maka terwujudlah PD100HUB ini.. Program diet ini akan berlansung selama 100 hari bermula 5hb Sept 2011 sehingga 14hb Disember 2011 . Syarat penyertaan ada di sertakan dalam doc di grup.. Dan program ini juga hanya terbuka utk ahli group UB dan sahabat handai terdekat saja.

Peserta program diet kali ini tidaklah seramai peserta-peserta PD50H dan PDR .. ini kerana dalam UB, tak ramai yg bersaiz gabak2 cam aku.. ade segelintir jer yg macam aku .. selebihnye sume kurus2 kecik molek.. tp masih ade juga antara peserta yg mmg dah selim melim dah cantik molek.. tp masih sudi nak menjoinkan diri dalam program diet nie.. mereka join dengan tujuan nak mementenkan berat badan dan nk mendapatkan berat yg ideal.. Haruslah difahami bahawa menyertai program diet ni bukanlah hanya utk nk kurus semata-mata yer kawan-kawan,,ada juga yg berniat nak menjaga kesihatan dari segi kawalan pengambilan makanan, ada juga yg nak keep fit dgn melakukan workout yg bersesuaian, ade jugak sesetengah peserta yg nak ade cutting badan (contohnya macam aku).. dan ade jugak yg nak menten semata. Program diet ini diwujudkan adalah utk memberikan semangat dan cuba menanamkan disiplin dalam diri setiap peserta dalam menjaga diet masing-masing..

Aku sendiri pun turut sama menyertai program diet kali ini.. mesti korang tertanya kenapa aku masih nak meneruskan perjuangan aku dalam mendapatkan berat badan ideal sedangkan sblm ini , dalam PD50H aku dah berjaya menurunkan byk kg's .. Betul, mmg berat aku byk yg dh hilang mase aku join PD50H aritu.. itu aku tak dpt nak nafikan sementelah aku ini bertubuh 'gemuk air'.. seseorang yg bertubuh gemuk air macam aku nie mmg mudah ilang berat badan.. tp masalah yg masih membelenggu aku adalah.. alignment tubuh aku dah yillek.. cutting dah lari lintang pukang sejak mengandung dan bersalin.. smpi dah tak tau mane satu pinggang mane satu punggung.. dah tak tau mane dada mane perut sbb dua2nya sama tinggi.. haaa.. itulah masalah aku..T__T . Dan disebabkan masalah itulah aku masih lagi berjuang join program diet nie utk mendapatkan susuk tubuh seperti yg aku impikan.. aku berharap perjuangan aku kali ini berbaloi dgn hasilnya nanti.. InsyaAllah.. :) 

Dan untuk program diet kali ini.. aku mempertaruhkan berat permulaan iaitu 60kg.. kenapa?? tak percaya?? Percayalah yg mmg itulah angkanya.. sebetulnya berat aku semasa 1 Syawal adalah 57kg (sewaktu mengakhiri PDR) .. tetapi biasalah beraya kan.. makan macam2 smpi lupa diri.. ari2 tibai nasik.. kene pulak tem aku pms n piyed.. maka makin menjadi2 lah selera makan aku.. dan inilah hasilnya setelah 9 Syawal.. berat aku naik ke angka hampir2 ke angka 60kg(genapkan terus jadik 60) ..sblm nie aku penah kata, aku hanya akan benarkan berat aku naik setakat 60kg je sepanjang bulan beraya nie.. belumpun sempat abes bulan beraya.. berat aku dh capai target maksimum.. hahaha.. padan muka aku kan...hehehe.. 

Target aku utk PD100HUB nie adalah utk mendapatkan susuk tubuh yg lebih menawan .. berat turun sket2 pun takpelah.. asalkan aku dapat membentuk semula tubuh badan aku nie..dah syukur alhamdulillah..itu je impian aku.. kalo nak target bab berat.. aku target utk dapat berat 50kg.. agak2 dapat tak..?? insyaAllah  ye kawan2.. xde yg mustahil kalo kite nekad dan berusaha bersungguh-sungguh.. pasti akan membuahkan hasil yg lumayan.. ye dok.. :)

Pertaruhan aku.. gambar dan timbangan  pada 7hb Sept 2011(9 Syawal)

seminggu sebelum beraya

Syawal ke 4

pic terkini.. Syawal ke 9 .. :)
** semoga berjaya hendaknya.. Aminnnn...