Followers

Sunday, January 31, 2010

Trimester 3..Musim Mengantuk..

Hello..hawaw u..??..(trademark Abg Kassim @Idlan RL4)...hah..petang2 camnie..kat Putrajaya ni...sunyi sepi je..padahal arini cuti( sempena ari Wilayah )..tp i like.. :)

Ekceli aku baru je bangun dari tido..bukanlah maksud aku yg aku tak bangun2 lansung dari malam td..pagi td aku dah bangun awal..dah siap2 mandi..dah siap2 bekpes..dah siap2 layan FB..tetibe masuk je kul 12tgh td..pale aku ting tong..mengantuk nokkk..



lately nie mmg mood mengantuk menguasai diri..nak-nak setelah masuk ke trimester 3 ni(since 2 weeks ago)..menjadi-jadi la plak..aku yg mmg jenis tak bape reti nak tido di siang ari..skang ni dah jadik cam habit lak..mengantuk bukan tahap sket2..tp tahap2 mmg takleh nak celik bijik mate..tak terdaya nak tongkat kelopak mate lagik..so..asal dapat letak pale jer...lebuh la jawabnye..hihihi..ni utk pengetahuan korang sume..start dari kul 12 tgh td..ni dah kul 3ptg nie baru la aku bangun..hihihihi..aku dah tak peduli Alif menendang2 dalam perut nie..mmg aku bantai tido puas2..nak-nak tgh cuti nie..hihihi..cian Alif..tem die nak main2..ibu die bantai tido..sowi yer my baby..

**nanti bile Alif dah kuar..konpom ibu tak dapat tido camni lagik..mesti free-free je kene tendang dek Alif..

Tips Menangani bengkak kaki semasa hamil..

hari ini aku ingin berkongsi tips untuk menangani masalah bengkak kaki sewaktu hamil.

Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung. Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan. He..he… teringat kata-kata kawan aku semasa kaki dia tengah bengkak dulu “rasa macam kaki gajah plak kaki aku ni!”

Kaki bengkak ni sebenarnya disebabkan oleh lebihan air didalam badan sewaktu mengandung. Tapi biasanya masalah ni akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Tapi sementara nak beranak tu, sempat jugalah upgrade saiz kasut dulu :)

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki… he..he..he…

3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

Sekian, Terima kasih...

Saturday, January 30, 2010

Baru ade MOOD nak bercerita..

Hye all..dah beberapa ari aku tak apdet cite aku kan..lately malas sungguh nak perah otak..bosan..tp arini..disebabkan aku duk sowang2 kat umah..n takde cite best kat tv utk di layan..(Kecuali MELODI la..)..

Hah..as u oll noe..last thursday aku g KKPJ ..check up + wat MGTT..kene minum air gule ko..pekat gilerr & very-very the manis..rase nak termunnn je minum..tp aku gagahkan jugak..n very2 suprised..aku telah disahkan ade diabetes..!!!mana taknye..keputusan darah aku sblm minum air gule adalah 6.2mmol/l..lepas minum air gule n berpose 2 jam..naik mencanak-canak ke 12.2mmol/l..gile ko..tinggi tue..ahah..padan muke aku..ske sgt makan benda manis2..ske sgt minum milo kotak besar..ske sgt makan nasik 2-3 kali sehari..ske sgt dgn Pepsi..skang dah kene diabetes...padan muke aku..tp kalo korang nak tau..ari khamis tu BP aku turun mendadak..dari 133/91 ke 123/80..thanx God ..BP dah turun..kalo dua-dua penyakit naik..cuak gak kan..fuhhh!!..lega...

so selepas je balik dari spital..aku jadik ilang mood..tu yg malas nak apdet awal2..sakit jiwa tawu...n stats from friday..aku pun memulakan diet sihat..kunun..diet sihat la sgt..thanx to my hubby coz belikan Beras Herbal Ponni Taj Mahal atas nasihat my mom..beras tu elok utk org yg ade diabetes..so aku dah stat kene makan beras tu la skang nie..minum pun air suam,air kosong, susu HL rendah lemak & air teh sawit..n selain tu...aku selalu la kene makan buah-buahan..n roti wholegrain..ekceli susah nak telan sbb benda2 nie tak bape nak sedap..tp demi menjaga kesihatan aku n my baby..aku gagahkan jugak menelan semua tue..arap2 ari selasa nie..mase wat BSP..kandungan gula dalan darah aku akan stabil kembali..aku doa sgt2 smoga BSP tu takkan berulang lagik pasni..n aku janji..aku akan teruskan pemakanan sihat smpi la baby aku lahir..i swear....huhuhu..percayalah!!!!..

hah..tu jelah yg aku nak apdet kat sini kali ni..sok satu Wilayah cuti..kalo ade cite2 best yg bleh aku share...aku share la yer..insyaAllah..k bubbye..n dun forget to doakan aku supaya aku berjaya melepasi ujian BSP dis Tuesday...Aminn...

Thursday, January 28, 2010

Kisah Fahrin Ahmad..

Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn

fahrin ahmad

Kalau zaman dulu-dulu ada peribahasa kerana mulut badan binasa, sekarang ini kena tukar kerana mulut kita jumpa kat court. Sekarang nie zaman saman menyaman. Jadi mulut tue kalau nak bercakap, kenalah berhati-hati. Jangan main sedap je tuduh orang. Kang tak pasal-pasal dapat saman malu macam yang si Fahrin Ahmad nie nak buat kat Linda Onn.

Nampaknya Fahrin Ahmad dah tak boleh tahan dengan kata-kata dari Linda Onn yang menuduh dia sebagai lelaki kaki pukul. Buat anda yang tak tahu, Linda Onn pernah menuduh Fahrin Ahmad sebagai panas baran dan cepat naik tangan. Itu yang buat Fahrin bengang tue. Bak kata omputeh, drop his waterface.

Nak taknak terpaksalah si Fahrin nie bawak benda nie naik ke mahkamah. Iyerlah, kalau berdiam diri kang peminat pikir memang betullah si Fahrin nie kaki pukul. Kami sokong jugak tindakan Fahrin nie. Mana boleh biarkan orang sedap-sedap je fitnah kita. Biar kebenaran terbukti di mahkamah nanti.

Kita dengar sikit apa Fahrin cakap:-

"Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas. Selepas berfikir panjang, keputusan yang wajar saya lakukan adalah mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda."

Hari Isnin nie Fahrin akan buat press conference untuk ceritakan lebih lanjut pasal benda nie. Tak sabar plak rasanya nak tau siapa yang betul. Sumber berita dari Utusan.

Monday, January 25, 2010

Lagi info tentang Hipertensi...

DEFINISI
Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.

Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, di mana tekanan yang tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya rasiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.

Ukuran Tekanan Darah

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Dikatakan tekanan darah tinggi jika tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam normal. Hipertensi ini sering terjadi pada usia lanjut.

Apabila usia semakin lanjut, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun sementara tekanan diastolik terus meningkat sehingga usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau menurun secara drastik.


Klasifikasi Tekanan Darah bagi orang dewasa

Kategori =TekananDarah Sistolik / Tekanan Darah Diastolik
Normal= Dibawah 130 mmHg / Dibawah 85 mmH

Normal tinggi =130-139 mmHg / 85-89 mmHg

Stadium 1
(Hipertensi ringan) = 140-159 mmHg / 90-99 mmHg

Stadium 2
(Hipertensi sedang)= 160-179 mmHg / 100-109 mmHg

Stadium 3
(Hipertensi berat)= 180-209 mmHg / 110-119 mmHg

Stadium 4
(Hipertensi maligna) = 210mmHg atau lebih / 120 mmHg atau lebih

**(yg ber "bold" kaler merah tu la tahap BP aku skang)


PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

*Serangan jantung
*Angin ahmar
*Kegagalan jantung
*Kerosakan buah pinggang

Fenin Kefale & fenat...

Aduyaii...apesal la lately rase mengah jer...??nak kate byk berjalan..tak jugak..duk menempek depan pc je keje aku..kalo berjalan pun..setakat nk g beli makan or g toilet je..tp still rase cam termengah-mengah...ngalahkan orang lari marathon..ke sbb perut aku dah makin besar n mengetat?? agaknya la kot...kan..kan..

arini pale saket semacam..rase pedih berdenyut-denyut..arap2 jgnlah migrain aku datang tem2 camni..nyampah tul..skang nie cepat btol trase penat..jalan sket dah cungap..nak bagun dari katil pun cungap2..laki aku slalu gelakkan aku..die kate aku dah nampak makin susah nak bergerak dgn selesa..kadang2 nak bangun dari katil pun die terpaksa support..bukan berat tp aku ni punye malas nak tekan diri utk bangun..rase cam meneran..tem tido plak..nak berkalih dari kiri ke kanan pun amik mase..penat sgt2 dibuatnye..

esok.. pepagi .. cam beselah aku kene g spital..monitor BP..hopefully keadaan aku semakin baik..jgn lah BP aku tinggi lagik diz week..doc dah pesan..kalo dalam 2 minggu ni BP aku maintain tinggi..aku mungkin akan ditahan di wad..so doc akan monitor BP aku dekat wad je..tak perlulah aku ulang alik..tp..aku takmo la smpi camtu..itu tidak best oke...!! berjauhan dari hubby sgt2 lah tidak best..(Ngader je bunyik nye kan)..

Sunday, January 24, 2010

Jaguh Bola Sepak Bakal Lahir April nie..

hihihi..tajuk entry tak bleh blah...saje je buh tajuk camtu..sbb kebetulan nak wat entry nie..baby Alif sibuk duk tendang2 dalam perut...see..( Alif..jgn notty2 la dalam tue..sengal perut ibu dibuatnye asik menendang ajer...)

Semenjak dari usia Baby Alif 6 bulan dalam kandungan hinggalah ke 7 bulan nie..die semakin aktif menendang sane sini..kekadang aku yg tgh asyik duk wat keje n kekadang duk men game..pun bleh terkejut dibuatnye..Alif tendang bukan jenis sekali dua..kadang2 dalam mase 5 minit ..die tak berhenti-henti menendang..suke sgt anak ibu nie men tendang2..jangan dah kuar nanti pun ske tendang2 jgk sudah la..nanti ibu babap Alif tawu..hihihi..agaknye Alif nie tgh berlatih menendang bola kot dalam perut aku nie??..ke dia tahu yg ayah die bercita-cita nak Alif jadi footballer bile Alif dah besar nanti..??takkan la kut...tp tu lah hakikatnye..ayahnye dah byk kali duk ulang ayat yg same..die slalu cakap..bile Alif dah besar nanti..die nak Alif aktif main bola sepak/futsal..kalo bleh ke peringkat antarabangsa..amboi (3x)...berangan tak hengat...byk kali die ulang impian dan cita-cita die tu..n mungkin jgk Alif mendengar dari dalam perut ibu..dats y la Alif aktif sgt dalam perut ibu die nie..Alif...Alif...

Pada aku..aku tak kesah sgt ape cita2 ayahnye terhadap anaknya yg bakal lahir nie.. wat mase ni ..ape yg penting..aku nak Alif keluar dgn sihat dan sempurna..n comel cam ayah n ofkos swet cam ibunyenye jugak..hihihi..pasan seketika..n bile die besar nanti..aku nak die jadi insan yg berguna, berjaya n berjasa terhadap keluarga..tu dah memadai..die nak jadi jaguh bola sepak ke..nak jadik jaguh badminton ke..nak jadi jaguh mengaji Al-Quran ke..itu terpulang..jgn jadik jaguh yg bukan-bukan sudah..semua ibu bapa pun mengharapkan yg terbaik utk anak-anak mereka kan..begitu jugaklah harapan aku pade anak-anak aku nanti..

Hurm..skang dah pun masuk 7 bulan aku mengandungkan Alif..sekejap je mase berlalu..syukurlah sejak dari awal aku mengandungkan Alif..Alif tak byk karenah..aku mmg takde menghadapi masalah sgt..alahan pun tak seberapa..n sakit2 pun kurang..terasa smooth je perjalanan kehamilan aku nie..thanx my baby..u're such a good boy..n sesungguhnya aku sgt2 teruja menantikan saat- saat kelahirannya..