Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, December 1, 2008

Mista Lova Lova..

Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau
hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan.Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat sseorang jatuh cinta,sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita
mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah!Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita,tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling
menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Saturday, November 29, 2008

Lelaki Di HATI Wanita


Lain org lain ragamnya, jadi terdapat 2-kategori lelaki yang akan memberi komen berkenaan ‘wanita di Hati lelaki? Iaitu, usia perkahwinan 30 tahun, usia perkahwinan 5 bulan dan usia percintaan setahun. Ikuti pandangan mereka terhadap wanita2 ini di hati mereka.Setelah bertemu dengan pasangan secocok apa yang perlu wanita tersebut lakukan ialah memenangi perasaan lelaki itu sehingga tertawan walaupun walhalnya lelaki itu jual mahal (ego).

Sebenarnya lelaki yang meminati wanita tidak akan memberitahu wanita tersebut kecuali ada respon daripada pasangan atau sebaliknya."lelaki di hati wanita".Terdapat banyak ciri-ciri yang wanita perlu tahu di sebalik rahsia kelelakian itu kerana ego lelaki sangat tinggi.Justeru wanita yang meminati lelaki yang menjadi pilihan hati perlu tahu sebab-sebab yang disukai oleh lelaki tersebut seperti kata-kata manis sebagai perangsang kerana wanita diibaratkan tulang belakang bagi suami dan anak-anaknya.Perlu diingat apa yang hendak kita usahakan perlukan kerajinan."USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN !"." HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH !".

Kejayaan memenangi perasaan pasangan bukan hanya tertakluk pada wanita sahaja bahkan lelaki akan berusaha untuk menawan puteri impian yang akan di bawanya hingga ke akhir hayat. Ibarat kata-kata orang tua "Kasih IBU membawa ke SYURGA,Kasih Sayang Pada Pasangan tidak akan berbelah bagi Hanya Nyawa sebagai Ganti..!".

Wanita perlu berkorban apa sahaja demi memenangi pasangannya.Antara lainnya :-

i) Wanita tidak akan menipu dirinya sendiri sekiranya pasangan tersebut bertanya kisah benar peribadi wanita kerana tiada dusta antara wanita dan lelaki dan sikap saling percaya-mempercayai lebih penting dari segala-galanya.

ii) Wanita perlu tahu apa pasangan tersebut perlukan seperti keperluan dan sanggup berkorban demi masa dan meminta maaf sekiranya berlaku kesilapan samaada lelaki mahupun wanita itu sendiri.

iii)Jangan memandang sesuatu perkara itu sebagai perkara yang remeh-temeh dan tidak ambil kisah walaupun lelaki tersebut memandangkan perkara tersebut sebagai kes serius.Itu akan mewujudkan jurang yang lebih kritikal dalam hubungan antara lelaki dan wanita.Jangan salahkan pasangan kita kalau dia menjauhkan diri kerana mungkin terdapat kesilapan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.

iv)Sikap saling bantu -membantu akan dapat menjalinkan hubungan yang erat antara lelaki dan wanita.Lelaki dan wanita perlu tahu peranan masing-masing dan sikap suka mengalah dan tidak menyalahkan pasangan masing-masing akan merapatkan lagi perhubungan yang mersa dan lebih prihatin dan peka kepada masalah peribadi pasangan tersebut.

v)Wanita juga dapat memberi idea yang bernas supaya lelaki tahu yang pasangannya menyayanginya dan mempertimbangkan masalah dengan sewajarnya.Jangan terlalu memberikan pendapat yang bercanggah dengan pendapat pasangan anda kerana mungkin pasangan anda tidak mahu konkongan dari anda!Beri pasangan anda pilihan supaya dapat memilih pendapat yang terbaik untuk penyelesaian masalah.

vi)Wanita yang menjadi pilihan hati lelaki tidak semestinya cantik walaupun dari sudut fitrahnya lelaki inginkan kecantikan tetapi itu semua dapat di atasi dengan hati yang tulus dan ikhlas.Wanita yang cantik tapi buruk dari segi hati akan membuat lelaki lebih membencinya dan bukan menyintainya.Ingatlah lelaki juga inginkan perhatian seperti mana wanita perlukan!.

vii)Perhubungan yang terbaik ialah sikap memberi apa sahaja yang pasangan perlukan selagi tidak menyalahi hukum agama.Wanita jangan terlalu memaksa pasangan kerana lelaki akan berasa terlalu terkongkong dan maruah mereka akan tercemar.Apabila lelaki berasa rendah diri mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi menebus perasaan malu mereka.Ketahuilah yang pasangan anda tidak mahu berita tentang mereka akan dijadikan modal untuk bercerita.Kalau anda ingin cerita yang sampai menyinggung perasaan anda!.

Semoga apa yang kami paparkan dapat membantu anda dalam memperbaiki jurang pasangan sejati kerana " Tanpa kepercayaan hidup tidak bermakna!"

Jodoh Pertemuan Ditangan TUHAN...

8 Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Klik 'Baca lagi' untuk mengetahu petanda-petandanya...

Petanda 1.. Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2.. Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3.. Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4.. Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5.. Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6.. Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7.. Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8.. Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain.

Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Rahsia WANITA KHAMIS...

Dilahirkan pada hari KHAMIS

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat,
dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika
bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun
sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka
menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya
dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya
tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah h**a.